Bantuan Lesen B40 Keluarga Malaysia

Bantuan Lesen B40 Keluarga Malaysia

BANTUAN LESEN B40

Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat persekutuan mahupun negeri.

Salah satunya adalah melalui bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.

Antara yang menarik perhatian adalah pengenalan Program MyPSV.

Apa Itu Bantuan Lesen B40 Keluarga Malaysia (MyPSV)?

Melalui program MyPSV, kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40 khususnya dalam kalangan belia.

Bantuan Lesen Keluarga Malaysia

BACA JUGA:

Tujuan Pelaksanaan Program Bantuan Lesen B40 Keluarga Malaysia (MyPSV)

Program ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan Belia untuk menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing

Jenis Bantuan Di Bawah Program MyPSV

Melalui program ini, kerajaan akan membantu untuk menganggung kos bayaran bagi mendapatkan lesen memandu:

  • Teksi
  • Bas
  • E-Hailing

Maklumat Lanjut

Intipati Bajet 2023 boleh rujuk di Ringkasan Intipati Bajet 2023. Layari My Semakan Online untuk info terkini bantuan kerajaan dan jawatan kosong.

Related Posts