BKM Tambahan: Tambahan RM300 Sehingga RM500
Dalam usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan dalam belanjawan 2022 dengan tujuan sebagai bantuan tunai yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup.
Pembayaran BKM Fasa 3 telah bermula sejak 20 September lalu dan akan selesai pada 27 September ini. Namun begitu, masih ramai yang keliru dengan istilah BKM Tambahan sebanyak RM300 sehingga RM500 yang diberikan kepada penerima BKM sedia ada.
My Semakan Online akan memberi penjelasan.
BKM Tambahan
BKM Tambahan pada asasnya diberikan kepada penerima isi rumah dengan jumlah di bawah:
- RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
- RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Oleh itu, penerima akan mendapat jumlah bayaran berikut setelah layak menerima BKM Tambahan:
IBT yang mempunyai anak (Tambahan RM500)
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Jumlah anak: 1 -2
- Kelayakan asas: RM1,500
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM2,000
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Jumlah anak: 3 orang ke atas
- Kelayakan asas: RM2,000
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM2,500
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak: 1 – 2
- Kelayakan asas: RM600
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,100
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak: 3 orang ke atas
- Kelayakan asas: RM800
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,300
Isi Rumah berstatus Warga Emas (Tambahan RM300)
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Jumlah anak: 0
- Kelayakan asas: RM1,00
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,300
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Jumlah anak: 1 -2
- Kelayakan asas: RM1,500
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,800
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Jumlah anak: 3 orang ke atas
- Kelayakan asas: RM2,000
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM2,300
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak: 0
- Kelayakan asas: RM400
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM700
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak: 1- 2
- Kelayakan asas: RM600
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM900
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak: 3 orang ke atas
- Kelayakan asas: RM800
- Kelayakan selepas kadar tambahan: RM1,100
Semakan Status BKM Tambahan
Berikut adalah ara untuk membuat semakan:
- Pergi ke laman web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
- Sahkan kata kunci keselamatan anda klik YA jika betul
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan dan Log Masuk
- Klik semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan
Jika tiada maklumat BKM Tambahan dipaparkan, ini bermakna anda tidak layak.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk laman web rasmi BKM atau hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747