i-Suri KWSP: Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah B40
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri KWSP. ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara
My Semakan Online akan berkongsi kepada anda syarat kelayakan, faedah dan cara untuk membuat permohonan
Syarat Kelayakan i-Suri KWSP
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 november 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 Sebulan atau RM60 Setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)
- Belum mencapai umur 60 tahun
Manfaat & Faedah i-Suri KWSP
Berikut adalah manfaat yang akan diperolehi jika mencarum:
- Mendapat insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan tertakluk kepada jumpa maksimum RM480 setahun
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian RM2,500
Namun begitu, insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam e-Kasih atau
- KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam e-Kasih
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah Rm5 sebulan atau RM60 setahun.
Cara Membuat Permohonan i-Suri KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut
- Kad Pengenalan Pemohon
- Borang KWSP 16G (M) – Pendaftaran Kali Pertama Sahaja
- Borang KWSP 6A (2) – Semasa Pembayaran
Siapa Yang Boleh Mencarum?
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
*Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda sudah mendaftar dengan insentif persaaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-Suri
Cara Membuat Bayaran
Berikut adalah cara untuk membuat bayaran:
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bang yang dilantik MBB atau PBB
*KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari Sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai Sehingga Disember setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun 1 ahli (Akaun Persaraan dan Akaun 2)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh melayari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri