Untuk yang sedang mencari pekerjaan dan jawatan kosong, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Calon juga dikehendaki meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan, bidang tugas dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjutnya: –
Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia
PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH – GRED H11
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Kementerian Pertahanan Malaysia
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya oleh Kerajaan;
- Lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
- Berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
- Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu Kelas F/G/H/I;
- Terbuka kepada calon lelaki sahaja
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, workshop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di Portal SPA9 dengan mendaftar di sistem berkenaan bagi yang belum membuat pendaftaran.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pendaftaran pada tarikh tutup iklan. Akan tetapi, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.
Pemohon juga perlu memastikan hanya memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan sahaja. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Tarikh tutup permohonan pada 1 Julai 2024.
Maklumat rasmi kekosongan jawatan sila rujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.
Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato’ Onn) , Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.
Kementerian ini diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.
Objektif utama kementerian adalah melindungi dan mempertahankan kepentingan negara yang menjadi teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi.