majlis sukan negara

Jawatan kosong Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2024: Tawaran gaji RM1,800 – RM2,000

Untuk yang sedang mencari pekerjaan dan jawatan kosong, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Calon juga dikehendaki meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan, bidang tugas dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN)

  1. TUKANG MASAK
    • Penempatan: 
      • Kompleks MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
      • Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur
      • Kompleks Sukan MSN, Nilai, Negeri Sembilan
    • Gaji Pukal: RM2,000
  2. KREW PERKHIDMATAN
    • Penempatan: 
      • Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur
      • Kompleks Sukan MSN, Nilai, Negeri Sembilan
    • Gaji Pukal: RM1,800

Syarat-syarat Kelayakan

TUKANG MASAK

  • Calon berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu; DAN
  • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 / Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan
    Makanan.

KREW PERKHIDMATAN

  • Calon berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Keutamaan : Berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan Makanan.

Deskripsi Tugas

  • TUKANG MASAK
    • Bertanggungjawab memasak secara bufet dan makanan berbungkus serta menjaga keselamatan dan kebersihan peralatan dan dapur.
  • KREW PERKHIDMATAN
    • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan kafe dan peralatan serta membancuh minuman.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MSN. Borang itu perlu lengkap diisi dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan sijil-sijil akademik Ijazah/Diploma/SPM/SPVM/PMR/PT3 atau setaraf;
  • Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • Salinan Kad Pengenalan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: recruitment@nsc.gov.my

Pemohon juga perlu memastikan hanya memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan sahaja.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Dimaklumkan juga bahawa permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan pada 05 Julai 2024. 

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonannya sila rujuk DI SINI.

Majlis Sukan Negara ditubuhkan dibawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara Pindaan (1979). Pelancaran secara rasmi telah dilakukan oleh Perdana Menteri ke-2 Tun Abdul Razak Hussein pada 21 Februari 1972. Pada awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu).

Bagi mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada 1981, MSN mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Related Posts