Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Taman Negeri Perak mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6). Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak.
Ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara. Mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41
- Gred Gaji: RM2,078 – RM9,544
- 1 Kekosongan di Pejabat UNESCO Perbadanan Taman Negeri Perak
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred Fs1 : RM2281.86); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.70); atau
- Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32).
Cara Memohon Jawatan
Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan jawatan kosong yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau di dalam laman web rasmi Perbadanan Taman Negeri Perak melalui laman sesawang https://www.royalbelum.my/bm/.
Ikuti langkah berikut:
- Klik pada bahagian Royal Belum
- Klik pada bahgian “Borang’
Sertakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil kemahiran, sijil ijazah dalam bidang berkaitan, sijil berhenti sekolah, lain-lain sijil dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan berserta dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport. Permohonan tidak lengkap akan ditolak.
Permohona tersebut hendaklah dipos atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah Tingkat 1, Kompleks Bangunan Kerajaan Negeri Perak, JKR 341 Jalan Sultan Abdul Aziz, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.