Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jabatan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia.
Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan.
Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pembantu Pentadbiran Sosial
- Lokasi: Seluruh Negeri
- Gaji: RM1,600 sebulan
Kriteria Lantikan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma yang setaraf dengannya;
- Kepujian C/6 dalam Bahasa Malaysia dan Matematik;
- Berkemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office (Word, PowerPoint, Excel);
- Berkemahiran menggunakan sistem Data; dan
- Berkebolehan berinteraksi dengan baik.
Cara Memohon
- Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my.
- Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
- Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
- Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
- Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,
142-C, Jalan Ampang
50548 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2161 0577 ext 204/231/260
Emel : [email protected]
Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2022