Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 (2022)

HEBAHAN: PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM LELAKI DAN WANITA SIRI 225/23

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 secara online bermula 15 Ogos sehingga 26 September 2022.

Pengambilan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

My Semakan Online akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai pengambilan ini.

Syarat Permohonan

UMUM

  • Semua calon berwarganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2023.
  • Lepasan Diplomas Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  • Bujang & belum pernah berkahwin
  • Pemohon bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

KHUSUS

  • SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  • Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut (rujuk iklan jawatan)

Gaji / Elaun /  Keistimewaan

1. Gaji Permulaan

  • Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM1,774.00
  • SPM atau SVM: RM1,879.00
  • SPM dan SKM Tahap 2: RM1,945.00
  • SPM dan SVM Tahap 3: RM2,011.02
  • Dipoma Kejuruteraan (Tugas Khusus): RM2,341.07

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

2. Kenaikan Gaji Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

3. Bayaran Elaun & Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) 

  • Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut
  • Bayaran Insentif Krew Kapal Selam
  • Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  • Tuntutan perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
  • Tuntutan Cuti Tahunan

4. Keistimewaan

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waran perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka secara online bermula 15 Ogos 2022 sehingga 23 September 2022

Cara Membuat Permohonan

Kepada yang inign membuat permohonan, sila layari www.navy.mil.my atau imbas kod QR dalam poster di bawah untuk mendapatkan keterangan dan syarat permohonan

Tatacara Pengisian Borang Permohonan

  1. Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
  2. Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
  3. Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
    • Kad pengenalan pemohon
    • Sijil kelahiran pemohon
    • Sijil kelayakan akademik pemohon
    • Kad pengenalan bapa
    • Sijil kelahiran bapa
    • Kad pengenalan ibu
    • Sijil kelahiran ibu
    • Sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
    • Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan)
  4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar
  5. Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat
  6. Permohonan yang dibuat akan disemak oleh TLDM
  7. Status Permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms
  8. keputusan yang dibuat oleh TLDM adalah muktamad.

 

Semakan Keputusan Permohonan TLDM

Kepada yang ingin membuat permohonan, sila layari laman sesawang www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/3 atau terus ke https://www.navy.mil.my/pengambilanllp/

Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja bermula jam 8.00 pagi hingga Jam 5.00 petang atau boleh menghantar emel ke pengambilantlfm@navy.mil.my

Keputusan yang dibuat pihak TLDM adalah muktamad.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pengambilan ini anda boleh terus ke laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia atau terus ke laman web rasmi TLDM.

Related Posts