HEBAHAN: PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TUDM LELAKI SIRI 66/23
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini membuka pengambilan Perajurit Muda TUDM Siri 66/23 (lelaki) secara online bermula 12 Ogos sehingga 23 September 2022.
My Semakan Online akan berkongsi kepada anda syarat kelayakan, gaji, elaun, keistimewaan dan cara untuk membuat permohonan dan pendaftaran akaun di e-Pengambilan TUDM.
Syarat Kelayakan Umum
Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk membuat permohonan:
- Lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023
- Lepasan SPM atau SVM
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3
- Lepasan Diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta
CALON LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN
- Calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM
CALON LEPASAN DIPLOMA
- Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
KELAYAKAN AKADEMIK LEPASAN SPM/SVM
Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
- Kimia
TARAF KESIHATAN
Taraf Kesihatan – calon hendaklah sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tida pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
Penglihatan – Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap seta tidak rabun warna
Syarat Minimum Ukuran Fizikal (Lelaki)
- Tinggi Minimum: 1.65 Meter
- Berat Minimum: 49KG
- BMI: 18 Hingga 25
Gaji / Elaun / Keistimewaan
1. Gaji Permulaan
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan): RM1,774.00
- Skim SPM atau SVM: RM1,879.00
- Skim SKM Tahap 2: RM1,945.01
- Skim SKM Tahap 3: RM2,011.02
- Skim Diploma Kejuruteraan: RM2,341.07
*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)
2. Kenaikan Gaji Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
3. Bayaran Elaun & Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)
- Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
- Bayaran Insentif Krew Kapal Terbang
- Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
4. Keistimewaan
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waran perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka secara online bermula 12 Ogos 2022 sehingga 23 September 2022
Cara Membuat Permohonan
Kepada yang ingin membuat permohonan, sila layari https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ atau imbas kod QR dalam poster di bawah untuk mendapatkan keterangan dan syarat permohonan
Tatacara Pengisian Borang Permohonan
- Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
- Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
- Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
- Kad pengenalan pemohon
- Sijil kelahiran pemohon
- Sijil kelayakan akademik pemohon
- Kad pengenalan bapa
- Sijil kelahiran bapa
- Kad pengenalan ibu
- Sijil kelahiran ibu
- Sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
- Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan)
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar
- Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat
- Permohonan yang dibuat akan disemak oleh TUDM
- Status Permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms
- keputusan yang dibuat oleh TUDM adalah muktamad.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi bahagian Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM:
No. Telefon: 03-40170100 / 013-6893814
Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
Masa: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
Facebook: Kerjaya & Pengambilan TUDM