PPR merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah

Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Tahun 2022

Permohonan Rumah PPR 2022

Program Perumahan Rakyat (PPR) boleh dimiliki bagi mereka yang menepati syarat. PPR merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah program ini akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)

My Semakan Online akan berkongsi kepada anda maklumat terperinci can cara untuk membuat permohonan rumah ppr 2022

Kadar Sewaan Program Perumahan Rakyat Disewa (PPR)

  • RM124.00 Sebulan

Nilai Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPR)

Rumah-rumah PPR dijual pada harga:

  • RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia
  • RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak

Ciri-Ciri Program Perumahan Rakyat (PPR)

Berikut adalah ciri-ciri rumah di bawah PPR:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
    • Surau / Ruang Solat
    • Gerai Makan / Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan / Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat Kelayakan Permohonan PPR

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan rumah PPR:

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atasa
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Membuat Permohonan Rumah PPR

Untuk pengetahuan anda, permohonan rumah PPR 2022 hanya boleh dilakukan melalui atas talian sahaja. Permohonan secara manual tidak diterima buat masa sekarang.

Langkah Permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari laman Web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, kad pengenalan dan emel anda
  • Selepas memasukkan maklumat, anda perlu log masuk ke portal SPRN tersebut
  • Pilih Skim mengikut kelayakan anda
  • Lengkapkan maklumat pemohoan dengan tepat dan sahih
  • Pilih Projek (PPR disewa atau PPR dimiliki)
  • Muat naik dokumen sokongan yang diminta
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan anda
  • Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal https://spkpm.lphs.gov.my/check

Untuk pengetahuan anda, permohonan rumah PPR 2022 hanya boleh dilakukan melalui atas talian sahaja. Permohonan secara manual tidak diterima buat masa sekarang.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan rumah PPR, anda boleh menghubungi nombor yang di bawah:

Skim PPR

  • 03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
  • 03-8891 4278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
  • 03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terangganu)

Teknikal / Masalah Sistem:

Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta:

  • Tel: 03-8891 4200

Related Posts