Sistem Analisis Perperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS adalah satu sistem yang diwujudkan bagi membantu ibu bapa untuk memantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Kini ibubapa tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke sekolah untuk mengetahui keputusan pelajar. Ibu bapa hanya perlu membuat semakan online bagi mengetahui markah peperiksaan mereka.
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan.
Info: Peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM, ibu bapa perlu membuat semakan secara manuak di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baca Juga : Semakan Keputusan STAM 2024
Cara Membuat Semakan Melalui SAPS
Berikut adalah langkah untuk membuat semakan melalui SAPS:
- Masukkan nombor kad pengenalan anak/anak jagaan anda dan tekan butang “cari”
- Pilih Negeri, Daerah dan Sekolah anak anda dan tekan butang “semak”
- Pilih tahun peperiksaan yang dikehendaki
- Pilih jenis peperiksaan
- Anda boleh pilih Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan
Sistem Gred Pemarkahan
Berikut adalah Sistem Gred Pemarkahan sebagai rujukan ibu bapa:
Sekolah Rendah
- 80 – 100 Gred A Cemerlang
- 65 – 79 Gred B Baik
- 50 – 64 Gred C Memuaskan
- 40 – 49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0 -39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Sekolah Menengah
- 85 – 100 Gred A Cemerlang
- 70 – 84 Gred B Kepujian
- 60 – 69 Gred C Baik
- 50 – 59 Gred D Memuaskan
- 40 – 49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0 -39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Menengah Atas
- 90 -100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80 – 89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70 – 79 Gred A- Cemerlang
- 65 – 69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60 – 64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55 – 59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50 – 54 Gred C Kepujian
- 45 – 49 Gred D Lulus Atas
- 40 – 44 Gred E Lulus
- 0 – 39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa dalam membuat semakan peperiksaan keputusan pelajar secara online melalui SAPS.
Penafian
Kami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada laman rasmi kerajaan atau berita. Mohon rujuk pautann asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.