Tahukah anda? Pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif sama ada berbentuk tunai, e-wallet, pembiayaan, geran dan sebagainya. Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan khusus kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Salah satunya adalah melalui sebuah program di bawah Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat dan penjelasan lanjut berkenaan program ini: –
Bantuan BMT RM800
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan bagi membantu penoreh dan pekebun kecil dalam menghadapi musim itu setiap tahun. Musim Tengkujuh selalunya menyebabkan taburan hujan luar biasa di negara ini dan ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan pendapatan para pekebun.
Malah, pihak Kerajaan juga telah menaikkan kadar BMT ini kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini. Ia kemudiannya akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Semakan Syarat-Syarat Kelayakan BMT
Untuk makluman, BMRT disalurkan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah.
Syarat-syarat kelayakan BMT dalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil Getah
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Cara Memohon BMT
Bagi permohonan bantuan ini, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat. Permohonan BMT telah pun dibuka pada 1 Jun lalu dan akan ditutup pada 30 September 2024 nanti.
Bagi tarikh pembayaran BMT, ia akan dibuat secara berfasa (4 kali) bermula pada bulan November 2024 sehingga Februari 2025. Kadar bagi setiap bulan pula adalah sebanyak RM200/sebulan.
Info dan maklumat lengkap berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), sila rujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, RISDA juga memperkenalkan Program Tanam Semula Getah (TSG) iaitu sebuah program bantuan Tanam Semula pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan pokok getah baharu dari klon berpenghasilan tinggi. Bantuan disalurkan secara lima ansuran.
Syarat-syarat kelayakan program ini pula adalah seperti berikut:
- Semasa
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai tanah milikan yang sah keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum 40.0 hektar;
- Pemilik yang tidak mempunyai milikan yang sah perlu mendapatkan pengesahan agensi pelaksana @ pihak berkuasa tempatan
- Berturut
- Selesai bayaran sepenuhnya ansuran sebelumnya
- Kebun getah diselenggara serta melaksanakan amalan pertanian baik (GAP)
- Sekurang-kurangnya 85% pokok hidup subur daripada jumlah pokok yang ditanam
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM13,710 / hektar (Semenanjung Malaysia), RM 14,955 / hektar (Sabah) dan RM 14,805 / hektar (Sarawak).
Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat, permohonan boleh dibuat di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran.