sumbangan tunai

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3: Senarai penerima, tarikh kredit & jumlah bayaran

Tahukah anda? Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif sama ada berbentuk tunai, e-wallet, pembiyaan, geran dan sebagainya. Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan khusus kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Salah satunya adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah atau STR yang diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini. Kadarnya juga telah ditambahbaik berbanding sebelum ini. Berikut adalah maklumat dan penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Bantuan ini diberikan dengan kadar-kadar tertentu berdasarkan kategori penerima merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Ia juga adalah kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan sebagainya. Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti di bawah:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR

Untuk tahun 2024, berikut adalah kadar pembayaran STR bagi penerima isi rumah, warga emas dan bujang:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM750
    • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR: RM600
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR: RM350

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dibayar kepada kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu. Berkenaan dengan STR Fasa 3 pula, ia akan dibuat pada bulan Ogos 2024 nanti.

Akan tetapi, jumlah bayaran dan tarikh rasminya masih belum diumumkan serta akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semakan Status STR

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status STR sama ada lulus atau tidak boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR. Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Untuk yang belum membuat permohonan pula, permohonan masih dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian di portal sama. Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di portal Rasmi STR ; atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang itu kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Info dan maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah sila rujuk di Portal Rasmi STR (DI SINI).

Related Posts