Bantuan RM300 Sebulan. Ini Bantuan Kewangan Untuk Mereka Berpendapatan RM4,000 & Ke Bawah

Pelbagai bantuan kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak berautoriti. Namun begitu, ramai antara kita yang masih terlepas pandang kerana kesibukan mencari rezeki.

Di sini, kami ingin menerangkan secara terperinci mengenai salah satu bantuan yang anda boleh mohon. Bantuan itu ialah Bantuan Kewangan BPTAR. Berikut adalah maklumat terperincinya:

Apakah BPTAR?

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) adalah dikhususkan kepada pelajar yang berasal dari latar belakang kurang berkemampuan dan meliputi kos sara hidup untuk dua (2) semester (sepuluh bulan sahaja) bagi pelajar sepenuh masa program ijazah sarjana muda dari universiti awam di Malaysia.

Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Berapakah Kadar Bantuan?

  • Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • Elaun bulanan: Elaun sara hidup sebanyak RM300 pada 10 bulan sepanjang pengajian.
  • Elaun tahunan: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap pelajar. Elaun ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan termasuk pembelian alat tulis dan buku teks.
  • Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

Syarat Asas Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
  • Berlatar belakang keluarga miskin (B40) dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
  • Nota: Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.
  • Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Cara Memohon Bantuan

Bagi mereka yang layak dan berminat, boleh memohon secara atas talian di pautan berikut: https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/

Related Posts