Lebih 10,000 Peluang Pekerjaan. Ini Cara Sertai Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia Pada 9-11 Disember Ini

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan khusus buat golongan pencari kerja, lepasan sekolah, graduan dan lain – lain! Karnival ini juga akan melibatkan lebih 20 buah syarikat yang berpotensi mengambil anda bekerja.

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang ini dan kongsi mengenai Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia kepada ahli keluarga dan rakan – rakan anda!

Butiran Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

Jika anda berkelapangan boleh hadir ke karnival seperti butiran di bawah:

Syarikat-Syarikat Yang Terlibat

  • ExxonMobil
  • KPMG
  • DRB-HICOM
  • Prasarana
  • Panasonic
  • UOA Group
  • Bank Muamalat
  • JW Marriot
  • MARii
  • Mydin
  • MCMC
  • AEON
  • Starbucks
  • TM One
  • Watsons
  • Guardian
  • Shopee
  • 7 Eleven
  • McDonald
  • KK Mart
  • Nando’s
  • Gintell
  • Giant Mini

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai karnival ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi petugas di bawah:

  1. Cik Ummee (019 250 3565)
  2. Cik Fitrah (019 607 9532)
  3. Cik Syaqirah (019 607 8905)

Cara Daftar MyFutureJobs

Portal pekerjaan MyFutureJobs merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang masih sedang mencari kerja. Antara golongan yang boleh mohon melalui MyFutureJobs ialah para graduan, golongan pekerja yang hilang kerja akibat Covid, penganggur, pesara dan pelajar lepasan sekolah.

Anda perlu register terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan MyFutureJobs. Berikut merupakan cara daftar MyFutureJobs seperti di bawah.

  • Layari laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/
  • Klik JOBSEEKER SIGN IN yang diletakkan di bawah Let your career journey begin here bagi memulakan proses daftar MyFutureJobs.
  • Terdapat satu menu kecil pada sebelah kiri skrin anda.
  • Pada bahagian Please sign in, klik Register.
  • Masukkan e-mel anda pada ruangan Email.
  • Pada bahagian Please register yang sama, masukkan MyKad pada ruangan IC Number.
  • Masukkan kata laluan pada ruangan Password.
  • Klik Register bagi lancarkan cara daftar MyFutureJobs anda.
  • Kemudian, terima terms & conditions bagi melengkapkan pendaftaran anda.
  • Anda akan dibawa secara automatik ke laman Profile anda.
  • Selesai.

Related Posts