PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) 2022

Permohonan Rumah PPRT 2022

PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) 2022

Terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Tahukah anda? Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang disasarkan kepada keluarga miskin dan miskin tegar yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.

My Semakan Online akan berkongsi kepada anda syarat dan cara untuk membuat permohonan

Pengenalan PPRT

PPRT diwujudkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Keutamaan PPRT

PPRT diberikan keutamaan kepada golongan berikut:

  • Orang Kelainan Upaya – OKU
  • Manga bencana alam yang berskala kecil
  • Warga emas
  • Ibu atatu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Keutamaan pelaksanaa program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Jenis Bantuan Di Bawah PPRT

Terdapat 2 jenis bantuan di bawah program PPRT

Baik Pulih Rumah

Baik pulih rumah akan melibatkan 3 elemen penting iaitu:

  • Penambahbaikan
  • Penyelenggaraan
  • Requisition

Syarat:

  • Bantuan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk diperbaiki
  • Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik

Bina Baru

Bantuan bina baru rumah akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami

Cara Membuat Permohonan Rumah PPRT

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan rumah PPRT:

  • Layari Portal Rasmi eSPKR di https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
  • Seterusnya klik “Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Kemudian lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Setelah lengkap, klik “Hantar Permohonan”

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan rumah PPRT, anda boleh menghubungi pihak berkaitan di talian 03 8000 8000 atau hantar emel ke [email protected]

Related Posts