SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) DAN KADAR BAYARAN YANG AKAN DITERIMA MENGIKUT SETIAP KATEGORI PADA FASA 3 BKM

Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi berjumlah RM2,000 bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik.

Jun lalu kerajaan telah memberikan bantuan tambahan BKM kepada semua penerima kategori isi rumah dan bujang.

Dan kini ramai yang tertanya-tanya berapakah kadar bayaran BKM Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap Kategori Bujang, Keluarga dan Warga Emas.

Oleh itu, My Semakan Online akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran BKM.

 

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3

Pembayaran akan bermula pada September 2022 dan melibatkan pembayaran minimum RM150 sehingga maksimum RM900 mengikut kategori dan kelayakan.

 

Jumlah Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Berikut kami kongsikan kepada anda jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori.

Anda boleh rujuk jadual di bawah:

Cara Membuat Semakan BKM

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat semakan BKM:

  • Log masuk ke https://bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik pada maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 1 sehingga fasa 4, anda boleh layari laman web rasmi BKM

Related Posts