Jawatan Kosong Terkini Penolong Akauntan W29. Gaji Ditawarkan RM 1,498 – RM 5,678

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.

Jawatan Yang Ditawarkan

Penolong Akauntan WA29

  • Lokasi: UTM Pagoh
  • Gaji: RM 1,498 – RM 5,678
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
  • Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup : RM300.00 – Pagoh

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau
(iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,001.68).

Cara Memohon Jawatan

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.
  2. Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
  3. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
  4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
  5. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temu duga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada :Seksyen Sumber Manusia (Unit Perjawatan)
    Bahagian Pendaftar
    Universiti Teknologi Malaysia
    Jalan Sultan Yahya Petra
    54100 Kuala Lumpur.
    8) Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.
    9) Perokok adalah tidak digalakkan memohon.

 

 

Related Posts