Pendapatan Isi Rumah Kurang Dari RM2,000. Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan PMU RM500

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Selain pihak kerajaan, terdapat pihak yayasan yang masih meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada mereka yang berkelayakan. Mungkin ramai yang terlepas pandang bantuan kewangan seperti ini.

Salah satu bantuan kewangan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan PMU yang mungkin ramai tidak tahu. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan PMU yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan YAB?

Pihak Yayasan Aminuddin Baki (YAB) ada menyediakan Skim Bantuan Kewangan Pelajar Miskin Universiti (PMU) YAB
untuk pelajar-pelajar miskin cemerlang yang akan melanjutkan pengajian di universiti tempatan, khas buat pelajar ijazah sarjana muda tahun 1 semester 1 sahaja (mengikut terma & syarat).

Bantuan ini adalah untuk sekali bayar sahaja tanpa sebarang ikatan dengan YAB bagi membantu pelajar-pelajar sebelum mendapat bantuan
kewangan daripada mana-mana agensi lain, seperti PTPTN, MARA, Yayasan Negeri dsb.

Kadar Bantuan Diberikan

Bantuan kewangan adalah sebanyak RM500 untuk sekali bayaran sahaja.

Bantuan ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar universiti yang baru mendaftar masuk ke semester 1 tahun 1, sementara menunggu permohonan bantuan kewangan pelajaran daripada badan-badan lain seperti PTPTN dan lain-lain.

Bantuan ini adalah ikhlas daripada Yayasan tanpa sebarang ikatan.

Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia;
  • Jumlah pendapatan Ibubapa/penjaga (seisi-rumah) tidak melebihi RM2,000 sebulan;
  • Tanggungan keluarga pemohon tidak kurang daripada 3 orang termasuk pemohon;
  • Telah diterima masuk ke salah satu universiti tempatan untuk semester 1 peringkat ijazah sarjana muda;
  • Pemohon mestilah mendapat keputusan peperiksaan terkini sekurang-kurangnya CGPA 3.0.

Cara Memohon Bantuan

Isi maklumat melalui borang yang disediakan di atas talian ini: https://www.yabm.org.my/wp-content/uploads/2019/09/borang-pmua-final-9.pdf (KLIK SINI)

Sila isikan maklumat permohonan dengan teliti dan kembalikan kepada BENDAHARI, YAYASAN AMINUDDIN BAKI melalui POS BIASA berserta dengan:

  • Salinan mykad;
  • Salinan sijil/slip keputusan peperiksaan terakhir; dan
  • Salinan surat tawaran daripada pihak university tempatan.
  • Salinan penyata bank / buku bank (yang tertera nama dan no. akaun bank)

Sila hantar ke alamat berikut: YAYASAN AMINUDDIN BAKI LEVEL 14, CHULAN TOWER, No. 3, JALAN CONLAY 50450 KUALA LUMPUR. 

Related Posts