Semakan Status STR Fasa 3

Semakan Status STR Fasa 3

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus di tambah baik.

Penerima STR Fasa 3

LHDN memaklumkan bahawa penerima bayaran fasa 2 adalah merujuk kepada penerima fasa 1 yang telah disemak silang dengan data pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini yang bukan penerima Fasa 1 dan 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak

Semakan Status STR Fasa 3

Jumlah Bayaran Fasa 3

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Tiada Had Umur

Pendapatan <RM2,500

  • Tiada Anak: RM300
  • 1 – 2 Anak: RM400
  • 3 – 4 Anak: RM600
  • >5 Anak: RM800

Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Tiada Anak: 0
  • 1 – 2 Anak: RM150
  • 3 – 4 Anak: RM200
  • >5 Anak RM250

Bujang

  • Warga Emas Sebatang Kara >60 Tahun: RM200
  • Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
  • Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150
STR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
SUMBER: BLOG ROJAK

Baca Juga:

Tarikh Bayaran Fasa 3

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 adalah pada Julai 2023

Semakan Status STR Fasa 3

Semakan Status boleh dibuat di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Related Posts