SiPP : Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

SiPP : Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

Menteri Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau SiPP bagi memudahkan urusan para Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut kami kongsikan maklumat penuh mengenai SiPP

Baca Juga : SAPS : Semakan Online Keputusan Peperiksaan Pelajar Sekolah

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP)

SiPP adalah satu sistem dibawah KPM yang disediakan bagi memudahkan guru dalam mengakses bahan pembelajaran melalui peranti mudah alih sama ada secara dalam atau luar talian.

Sistem ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada 429,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan pembelajaran.

Sistem ini juga telah dilengkapi dengan teknologi buatan AI bagi membantu dalam mengesan kecenderungan pengguna dan seterusnya memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan pengguna tersebut.

Pengenalan sistem ini adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Pendidikan iaitu:

  • Teras 4 MyDigital
  • Dasar Pendidikan Digital
  • Proses Inovatif Teknologi Digital
  • Kerjasama Korporat
SiPP : Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

Kelebihan Dan Manfaat Sistem

Berikut adalah kelebihan dan manfaatnya:

  • Guru dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.
  • Mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti Micosoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP.
  • Modul pembelajaran yang boleh diakses di luar talian.
  • Pembelajaran mengikut tahap.
  • Dilengkapi dashboard pemantauan.
  • Disokong aplikasi mudah alih.

Langkah Pengaktifan Akaun SiPP

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pengaktifan akaun:

  • Semak e-mel yang didaftarkan dalam SPLKPM.
  • Semak e-mel jemputan daripada no-reply@percipio.com.
  • Jika tidak menerima e-mel, klik butang ‘Start Learning.’
  • Log masuk menggunakan e-mel yang didaftarkan atau ID guru Malaysia yang tercatat pada Sijil Guru Malaysia.

*NOTA: Pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.

SiPP : Sistem Pengurusan Pembelajaran KPM

Panduan Pengunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Bagi anda yang telah mengaktifkan akaun, anda boleh lihat manual atau panduan yang disediakan di bawah sebagai garis panduan dalam menggunakan sistem ini:

Penafian

Kami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada laman rasmi kerajaan atau berita. Mohon rujuk pautann asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Related Posts