Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024 (selasa).

Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan online.

Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Baca Juga: Rayuan SBP / SMKA Tahun 2024

Cara Membuat Semakan Keputusan STAM

Berikut adalah 3 kaedah untuk membuat semakan keputusan STAM yang akan diumumkan pada 26 Mac 2024 (Selasa), Jam 10.00 Pagi.

Semakan Keputusan STAM 2024 Online
Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Semakan di Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

Semakan Online

Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan secara online di pautan https://myresultstam.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2023 bermula 26 Mac 2024 Jam 10 Pagi

Semakan SMS

Selain itu, calon juga boleh menggunakan kaedah Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 pada 26 Mac 2024 Jam 10 Pagi.

Semakan Semula Keputusan STAM

Bagi calon yang ingin membuat semakan semula, tarikh semakan semula akan dibuka pada satu tarikh yang akan diumumkan.

Untuk membuat permohonan semakan semula keputusan STAM, calon boleh mengikut langkah berikut:

  1. Muat turun borang melalui laman web http://lp.moe.gov.my
  2. Kemudian hantar melalui pos atau serahan tangan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia
  3. Keputusan akan dimaklumkan melalui pos.

Nota:

  • Tempoh permohonan semakan semula akan dibuka 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.
  • Caj RM100 bagi setiap mata pelajaran akan dikenakan.

Keputusan melalui pos:

  • Kekal: Slip keputusan sedia ada
  • Berubah: Calon sekolah perlu menghubungi sekolah asal, manakala calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.
Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’, dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis, melaksanakan Ujian Lisan STAM dan Kerja Kursus STAM tahun semasa bagi mata pelajaran yang berkaitan.

Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Untuk maklumat lanjut berkaitan semaka semula keputusan STAM, sila hubungi:

  • khidmatbantu.lp@moe.gov.my
  • 03-8884 3402 / 3304 / 4406 / 3307 / 3309
  • http://lp.moe.gov.my

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

Semakan Keputusan STAM 2024 Online

Penafian

Kami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada laman rasmi kerajaan atau berita. Mohon rujuk pautann asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Related Posts