Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan

Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan

Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada awalnya adalah sebuah sekolah berasrama Inggeris yang terbuka khusus kepada golongan raja dan golongan kenamaan. Kemudian ia dibuka kepada pelajar bumiputera luar bandar untuk mendapat pendidikan yang terbaik daripada kerajaan.

Namun kini, semua warganegara Malaysia layak memasuki SBP kecuali SBP Premier, SBP Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP).

Secara kasarnya, komposisi murid di SBP terdiri daripada 90% murid bumiputera manakala baki 10% ialah murid bukan bumiputera. Pengambilan pelajar baru SBP adalah untuk masuk ke peringkat tingkatan 1 dan tingkatan 4. Bermula 2016, murid tahun 6 yang ingin memasuki tingkatan 1 di SBP layak untuk memohon ke semua SBP yang terdapat di Malaysia kecuali Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KISAS).

Untuk menjadi sebahagian daripada warga SBP, pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam pelajaran namun harus aktif dalam aktiviti sukan, kelab dan persatuan. Apa yang membezakan SBP dan sekolah harian biasa adalah murid wajib tinggal di asrama yang disediakan. Pelajar juga wajib mematuhi peraturan dan jadual yang telah ditetapkan oleh KPM setiap hari.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan SBP bagi tahun 2024.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SBP Tahun 2024

Info terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan rayuan boleh disemak pada tarikh berikut:

Tarikh Pendaftaran Dan Rayuan:

  • Tarikh Rayuan : 1 – 18/3/2024
  • Tarikh semakan tawaran ambilan rayuan: 9 – 22/4/2024
  • Tarikh pendaftaran rayuan : 22/4/2024

Sila rujuk cara semakan Keputusan Penawaran serta Penempatan Murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Kategori Rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Agama bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.

Baca Juga: Kerajaan Beri Baucar Shopee Bernilai RM400

Pautan Semakan Rayuan SBP 2024

Semakan dan rayuan boleh dibuat pada 9 hingga 22 April 2024 melalui pautan berikut:

Tingkatan 1 (SBP & SMKA):

Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM:

Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.

Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan
Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampitan tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan

Cara Permohonan Rayuan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat rayuan SBP melalui e-Rayuan:

e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:

Pemohon perlu klik pada butang e-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.

Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang berdaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.

Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.

Rayuan SBP / SMKA 2024 : Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan

Nota:

  • Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera Diraja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan.

Tarikh Pendaftaran Rayuan SBP 2024

Pendaftaran bagi rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2024 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah pda 22 April 2024.

Maklumat Lanjut

Sebaran pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan rayuan SBP, boleh menghubungi talian di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473 / 7542 / 7544 / 7546
(8.00 Pagi – 5.00 Petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8231 7327 / 7334 / 7371
(8.00 Pagi – 5.00 Petang)

Penafian

Kami bukan wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada laman rasmi kerajaan atau berita. Mohon rujuk pautann asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Related Posts