Sijil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan lain-lain amat penting dalam mengisi borang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Jika hilang, amat sukar untuk anda membuktikan dan menunjukkan pencapaian anda.

Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online

Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online

Sijil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan lain-lain amat penting dalam mengisi borang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Jika hilang, amat sukar untuk anda membuktikan dan menunjukkan pencapaian anda.

Untuk anda yang kehilangan atau keciciran sijil keputusan PMR, SPM, dan sijil-sijil yang lain, anda boleh mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

My Semakan Online akan berkongsi cara untuk membuat permohonan.

Cara Membuat Permohonan Sijil SPM Hilang

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Klik pada bahagian perkhidmatan
  3. Pilih salinan keputusan
  4. Kemudian anda boleh bilik slip keputusan yang anda inginkan
    • SPM
    • STAM (rumi)
    • SPMU
    • SVM
    • MPV
    • MPAV
    • MCE
    • PMR
    • SRP
    • LCE
  5. Kemudian isikan no kad pengenalan anda
  6. Klik papar borang permohonan
  7. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik MOHON
  8. Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di laman utama

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan

Tempoh Pengeluaran Salinan Keputusan Dan Terjemahan

Berikut adalah tempoh pengeluaran salinan pernyataan dan terjemahan setiap sijil

  • SPM pada atau selepas tahun 1994 – Satu (1) jam
  • SPM pada atau sebelum tahun 1993 – Tujuh (7) hari masa bekerja
  • PMR pada atau selepas tahun 1998 – Satu (1) jam
  • PMR pada atau sebelum tahun 1997 – Tujuh (7) hari masa bekerja
  • Lain-lain sijil peperiksaan – Tujuj (7) hari masa bekerja

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda boleh terus ke Bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Related Posts