Berita baik untuk rakyat Malaysia, Menteri Kewangan Dato' Seri Tengku Zafrul telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan Warga Emas RM500

Berita baik untuk rakyat Malaysia, Menteri Kewangan Dato’ Seri Tengku Zafrul telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

My Semakan Online akan berkongsi kepada syarat dan cara untuk membuat permonan

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500

Orang tua atau warga emas yang ingin membuat permohonan, mereka hendaklah:

  • Warganegara dan bermastatutin di Malaysia
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yangbukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500

Permohonan hendaklah dilakukan di pejabat JKM yang berhampiran dengan membara borang berkaitan:

  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – KLIK SINI
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula) – KLIK SINI

Dokumen sokongan

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak /ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Related Posts